Monday, March 18, 2019

STPM


STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia)

MOSTLY memang Malay student macam kita ni avoid la nak pursue study dekat STPM sebab common reason SUSAH! tapi, No kidding memang susah babe! Hahaha..Study mana pun susah bila you tak mau USAHA!

Duration belajar STPM ialah 1 tahun Setengah. Ada tiga SEM (sekarang punya STPM la so tak susah sangat macam zaman makpak dulu-dulu). Selalunya subjek yang kita belajar ada empat laa.. Satu subjek utama macam PENGAJIAN AM adalah COMPULSORY! yang lagi tiga bebas memilih TETAPI bergantung pada kursus yang ditawarkan dekat sekolah. Some sekolah yang tak banyak student course dia sikit aje la! Ya agak cliche STPM study in school BUT good news pakaian adalah Formal macam kat U.

Subjek STPM 
(Yang ni better refer pada sekolah yang tawar pada korang la.. Tapi, most of school memang ada tiga ni la Science, Accounting dan Sastera)
Macam aku Transfer Student dari SMK TAMAN DESA, RAWANG to METHODIST BOYS SCHOOL, PENANG.
So, subjek yang aku amik adalah PENGAJIAN AM, PENGAJIAN PERNIAGAAN, EKONOMI DAN SEJARAH (Boleh kata subjek SAINS SOSIAL).. Satu lagi yang untungnya amik STPM, you memang akan ada kelas MUET senang kerja nak sambung DEGREE nanti. Jimat kos tusyen untuk MUET!
Nampak tak tough mana pun sebenarnya but put your shoes in my place baru hang tau langit tu tinggi ke rendah!

SEM dalam STPM
Sem 1
-Macam subjek-subjek yang E amik ni, Sem 1 boleh kata HONEYMOON time la sebab belum start buat assignment. Eh..Ya ka.. Hehehe..Aku ada assignment kena buat presentation setiap hari sebab the teachers terapkan student mengajar sambil belajar but memang powerful for some school yang aktif presentation you akan boleh tengok macam mana dia perform kat depan!So, persediaan nak sambung belajar dalam DEGREE atau NEXT SEM settle!
-Subjek-subjek yang E amik ni lebih kepada membaca dan memahami..Zzzz..KECUALI ekonomi sebab you akan start membaca, memahami, mengira dan Mentafsir Graf.. Paling aku tak suka subjek ni sebab pada E dia gabung teori dengan Calculation. Boleh tidur kebosanan.
-And malang untuk kawan-kawan E yang amik subjek BM juga sebab setiap SEM ada assignment tapi ayat dorang dalam exam/assignment memang THORBAEK!
-Boleh REPEAT PAPER tapi E suggest sem ni tak payahlah HONEYMOON sangat sebab nanti U kelam-kabut masa nak repeat tak dan nak baca buku.. Bercakap dari pengalaman ya..
SEM 2
-Tiada lagi HONEYMOON time bagi mu.. First day masuk kelas akan terus masuk subjek baru. Time tu yang dah kena prepare tajuk atau informasi tentang kerja khusus@Assignment.Krik..Krik..Bosan kan baru first day kut..Tapi, kalau kau tak alert memang you kena tinggal train la.
-For subject E ada dua Assignment kena buat iaitu untuk Subject PENGAJIAN AM dan SEJARAH 5000 patah perkataan yaaa...(jenuh perah otak nak taip sambil2 tu boleh mengunyah). Assignment U kena antar dalam DATELINE.. Lagi lewat u antar lagi banyak u nak kena fokus. Padan Muka siapa suruh buat kerja last minit!
-Boleh REPEAT PAPER
SEM 3
-Sem ni untuk E berbaki lagi 2 kerja khusus which is EKONOMI dan PENGAJIAN PERNIAGAAN ala takat dua ni lebih kurang jer dia punya assignments so kalau kau bijak gunakan otak kau, dua-dua subjek ni macam boleh combined. Cuma EKONOMI akan jadi banyak kerja skit sebab bergantung pada tema yang kau dapat tahun tu dan kau kena analisis banyak laman web.. Itu la yang terjadi dekat aku sebab aku pilih ekonomi MALAYSIA dan Antarabangsa.
-Sem 3 ni kerja kau akan jadi lebih kerja sebab kau kena betul-betul fokus assignment dan study.This time boleh jadi masa untuk diri sendiri dan sosial pun susah nak dapat. Maka, u akan jadi seperti we all pagi kelas, balik kelas rest or family time, then jadi burung antu yaaaaa..
-Sem 3 TAK BOLEH REPEAT PAPER!!!!

Life In STPM
Actually mungkin sama sahaja dengan student-student di pusat Pengajian lain..Tipulah kalau student-student lain pun tak stay up macam budak-budak STPM kan.. It is all about your effort. Bersedia untuk korbankan masa, jiwa dan tenaga kau.
STPM bukan a rejected place pada Student yang tak dapat MANA2 pusat pengajian atau tak nak g Pusat Pengajian SWASTA atas masalah sendiri. But a place untuk student yang ada INTENTION nak perbaiki diri dan NAK TERUS MAJU.
Dalam STPM kau bukan sahaja belajar semua subjek2 yang you amik. Tapi kau akan belajar untuk Interactions iaitu BERHUBUNG dengan orang sekeliling you like your teachers, friends, schoolmates and jangan terkejut if u can be friends with your enemies. That's how E yang tak berapa bercakap dengan orang boleh jadi berani to point out my view.
Jujur E cakap STPM tak mudah sebab ada masanya juga E hampir mengalirkan air mata (hati tisu gais) sebab pointer tak sampai 2.00, sebab tak boleh hafal teori, tak boleh buat calculation in economy BUT E bersyukur that people around me always bagi moral support dekat E.
And I learn sesenang nak dapat Pointer dalam POLITEKNIK sekali pun kalau you tak nak usaha no matter how easy to gain you won't gain!
My Final Pointer tak tinggi pun.. Tak sampai 3.00 tapi aku rasa lega, bangga sebab aku dah usaha sebaik mungkin..Mungkin Rezeki ALLAH bagi kat E takat tu je. Dia nak E study lebih baik lagi. Doakan E dapat further STUDY in DEGREE ya..

No comments:

Post a Comment